Tuesday, November 2, 2010

ANAK KENYALANG

Anak Kenyalang...
usah ditangisi pepasir ini
yang merah dilumuri pergolakan
kerana tulangmu masih rapuh
pada pengertian keadilan...

Anak Kenyalang...
usah dibunuh perasaan ini
yang kian biru dilanda penyesalan
kerana sayapmu masih perit
lantaran kelukaan

Anak Kenyalang...
mengapa diusapi anak patungmu
hari ini kau harus bangun
bukan menapak di kaki waktu
bersama sejambak mimpi
nan unggu.....




Hasil Nukilan Pena

Say Lara
9 April 1987

No comments:

Post a Comment