Saturday, November 6, 2010

KEKASIH


Kekasih...
di sini aku terlantar kelukaan..
menghalau kemelut rasa..
dalam titipan rindu padamu

Kekasih...
wajah sucimu tanpa dosa
tercalar catatan veto "orang tua"..
kerana perantau ini tanpa nama
mengikis arus dalam perjalanan tanpa arah..

Kekasih..
kita berantakan antara serpihan permata..
antara helaian biru-merah sang ringgit...

Kekasih....
ingin kutatap lagi...
sinar mata puteri nazar...
yang suatu waktunya
bersemayam di persada hati ini



Hasil Pena
Shay'JPS-Kuching
2 Disember 1995

2 comments:

  1. Nukilan indah ini mampu menggamit setiap kalbu yang bertamu. Jerit pekik di hati mampu kudengar bukan kerana sekeping gambar. Bukan tidak mungkin, suatu masa nanti jeritan ini akan lenyap..tapi bikalah masa itu menjelma. Di bawah langit lazuardi terngiang doa-doa mengiringi usaha..
    Om doakan akan sampai noktah pekikan di dada Shay.

    ReplyDelete
  2. thanks Om...Shay hanya bertatih dalam mempelajari seni penulisan...perjalanan hidup yang penuh ranjau sebenarnya banyak tersimpan dalam ruang memori yang penuh...tapi ilmu penulisan Shay tidak cukup dan mampu untuk meluahkannya dalam seni penulisan.....budak sains yang sering terdedah dgn fakta & bukti...terhimpit dalam jiwa separuh seni yang terkongkong...

    ReplyDelete