Tuesday, November 2, 2010

LANGKAHKU

Kulangkah 1, 2, 3 .....
Menapak dari ruang kosong
Lantas jatuh di langkah ke 4
Pastikah langkah ini dengan janjinya
Membawaku sepasang sepatu emas
dan di mana segalanya.....





Kulangkah lagi,
Pada kebangkitan ini,
Walau tanpa sepatu,
Walau tanpa secarik pengertian
Rupanya kuulang lagi kejatuhan tadi
mengapa mesti jatuh lagi
pada langkah terakhir ini...

Langkahku yang pertama dan terakhir...
adalah sepasang kekasih...
pada dinihari diuliti kesangsaraan
kerana kelmarin mereka terpaku
di ruang masa...
Pada langkahku yang kian layu...
Langkahku adalah hatiku...


Say-Lara
9 April 1987

1 comment: